Akademi Dr Zara
Siri Seminar Pembentukan Fikrah Muslim
  • Home
  • Seminar SAF
  • Kursus Solat
  • Aktiviti Terkini
  • Akademi Associates
  • Akademi Presenters
  • Saf -Remaja
  • Learn Arabic
  • Untuk Penaja
  • Untuk Pelajar
  • Untuk Ibu bapa
  • Tentang Kami
InsyaAllah, tajaan ini dikira sebagai sedekah yang besar dengan ganjaran pahalanya dan sentiasa mengalir seperti air sungai serta bakal dilihat nanti di akhirat. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud:
“Sebaik-baik sedekah seorang muslim adalah belajar ilmu dan kemudian mengajarkannya”
Riwayat Ibnu Majah

Realiti Semasa

Generasi Islam masa kini dilanda seribu satu masalah yang menjadi halangan kepada kemajuan dan perkembangan dunia Islam seluruhnya. Masalah ini kian menjadi barah yang amat membimbangkan. Umat Islam pernah menakluki sebahagian besar dunia pada zaman kegemilangan pemerintahan khalifah Islam. Pada waktu itu dunia memandang tinggi umat Islam dan menjadi umat yang disegani kawan serta ditakuti lawan. Kini dunia sudah mula memandang Islam sebagai umat yang lemah dan bermasalah. Umat Islam sering menjadi mangsa ketidakadilan dan pilih kasih dunia dalam memutuskan tindakan. Semua ini perlu dihentikan segera. Islam perlu ditinggikan darjatnya kembali. Generasi Islam yang kuat dan berkualiti perlu dibina bermula hari ini.

Bagi memulakan langkah membina generasi umat Islam yang hebat dan profesional, kami telah mengorak langkah dengan menjalankan siri Seminar SAF dan program lanjutan bagi mengubah paradigma dan pola pemikiran kanak-kanak Islam, ke arah yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai kejayaan.

Faedah untuk Pihak Penaja

Ini adalah peluang untuk pihak penaja menunjukkan rasa keprihatinan kepada pembangunan modal insan mengikut acuan Islam yang dimulakan dari kalangan kanak- kanak sekolah. Ini juga adalah peluang beramal kerana ia boleh diniatkan sebagai amal jariah atau sedekah kearah membangunkan Islam melalui program pendidikan, yang InsyaAllah akan dilihat Allah SWT sebagai satu kebaikan yang besar ganjaran pahalanya.

Penajaan Pelajar / Peserta Program Seminar SAF

Kategori dan bilangan pelajar yang disasarkan untuk tajaan bagi satu-satu sesi seminar adalah seperti berikut:
  1. Pelajar Sekolah Rendah terpilih
  2. Penghuni Rumah Anak Yatim 
Jumlah Pelajar/peserta setiap sesi 
Umur Pelajar: 10-12 tahun Jantina : Lelaki dan Perempuan

Hubungi Kami:

Tel: +603-61565660          Atau emel kami di sini.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Seminar SAF
  • Kursus Solat
  • Aktiviti Terkini
  • Akademi Associates
  • Akademi Presenters
  • Saf -Remaja
  • Learn Arabic
  • Untuk Penaja
  • Untuk Pelajar
  • Untuk Ibu bapa
  • Tentang Kami