Akademi Dr Zara
Siri Seminar Pembentukan Fikrah Muslim
  • Home
  • Seminar SAF
  • Kursus Solat
  • Aktiviti Terkini
  • Akademi Associates
  • Akademi Presenters
  • Saf -Remaja
  • Learn Arabic
  • Untuk Penaja
  • Untuk Pelajar
  • Untuk Ibu bapa
  • Tentang Kami

Seminar SAF  Remaja

Saf Remaja - Keseimbangan Ilmu

Kejayaan atau kecemerlangan hidup seorang remaja muslim tidak sempurna dengan pencapaian hebat dalam pendidikan semata-mata. Malah, dibimbangi kejayaan pendidikan yang dikejar boleh menjadi faktor pemusnah hidup remaja sekiranya tidak diiringi dengan nilai-nilai hidup beragama. Justeru  dalam mencari kejayaan sebagai matlamat hidup, remaja perlu diiring dengan pemahaman agama yang mencukupi sebagai panduan atas segala pemikiran dan tindakan mereka. 

Apa yang ingin dicapai dari Saf Remaja

Seminar Saf-Remaja ingin membentuk satu minda remaja ke arah pemikiran yang berpandukan pemahaman agama. Melalui Saf-Remaja, para pelajar remaja yang cemerlang akan dididik untuk mengenali nilai-nilai penting yang menjadi pelengkap kejayaan hidup seorang muslim. 

Perlaksanaan

Seminar Saf-Remaja lebih menekankan perbincangan antara sesama pelajar dengan dikendalikan oleh fasilitator muda yang berpengalaman. Format perbincangan ini dibuat untuk menggalakkan pelajar-pelajar bertukar-tukar fikiran, berkongsi pengalaman, berkeinginan menyampaikan idea atau pendapat serta untuk mencungkil bakat kepimpinan yang ada dalam diri mereka secara teratur. Perbincangan akan dijalankan dalam bentuk santai bagi menggalakkan percambahan idea yang boleh memberi manfaat bersama. 

Percambahan Idea

Seminar Saf-Remaja bukan hanya seminar sehala dimana peserta cuma menerima input-input penting sahaja. Tetapi di Seminar Saf-Remaja peserta-peserta akan memberi pandangan dan pendapat mereka sendiri dengan dibantu oleh fasilitator. Format ini akan menggalakkan percambahan idea dari kalangan peserta atau remaja yang jarang terdedah kepada perbincangan yang sedemikian rupa. Ini adalah proses pembelajaran yang pasti lebih memberi kesan dihati peserta. 

Harapan Seminar Saf Remaja

Seminar Saf-Remaja adalah harapan baru untuk membentuk remaja yang hebat, cemerlang dan matang dalam menghadapi cabaran hidup. Seminar Saf-Remaja ini diharapkan dapat memainkan peranan berikut:

  1. Melahirkan remaja / pelajar yang kuat pegangan agamanya.
  2. Melahirkan remaja yang sentiasa melihat matlamat hidup yang lebih positif.
  3. Mengubah pemikiran remaja dengan melihat agama sebagai penyelamat kehidupan mereka pada masa hadapan.
  4. Menzahirkan remaja yang mempunyai matlamat hidup kerana Allah SWT.
  5. Melahirkan remaja yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT.
  6. Melahirkan Remaja yang mensyukuri segala nikmat dan tidak sekali-kali mengeluh dengan kekurangan.
  7. Melahirkan remaja yang punyai sifat amanah dalam hidup.
  8. Mencetus keinginan remaja untuk memikul tanggungjawab memimpin masyarakat pada masa hadapan dengan bermula pada hari ini.

Seminar Saf-Remaja akan melahirkan remaja atau pelajar yang kuat pegangan agamanya, melihat hidup ke arah lebih positif dan melihat agama sebagai penyelamat hidup. Melalui Saf-Remaja ini juga, remaja akan melihat matlamat hidup adalah kerana Allah SWT serta menjaga hubungan denganNya, mensyukuri nikmat, memegang amanah dalam hidup serta berkeinginan memimpin masyarakat pada masa hadapan.

 
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Seminar SAF
  • Kursus Solat
  • Aktiviti Terkini
  • Akademi Associates
  • Akademi Presenters
  • Saf -Remaja
  • Learn Arabic
  • Untuk Penaja
  • Untuk Pelajar
  • Untuk Ibu bapa
  • Tentang Kami