Mulakan Bersama Kami Sekarang!
Anak-anak adalah asas yang kukuh dan terpenting dalam pembentukan pemikiran dan personaliti mereka. Anak-anak kecil adalah ahli syurga yang tidak dikira dosa atas kesilapan mereka. Mereka perlu dijaga dan diasuh dengan sebaik-baiknya kerana mereka adalah amanah Allah kepada ibubapa. Kejayaan mendidik mereka adalah kejayaan kita menjaga amanah Allah ini. Sekiranya mereka membesar sebagai generasi yang taat terhadap Allah s.w.t. maka itu adalah tanda kita telah menjaga amanah ini dengan sempurna. Mari sama-sama kita bentuk anak-anak ini ke arah hidup sebagai muslim yang sempurna.
Sekiranya anda mempunyai anak-anak berusia 10-12 tahun, anda ibarat memiliki sehelai kain putih yang perlu dicorakkan dengan sebaiknya. Seperti sabda Rasulullah s.a.w.:
Setiap anak-anak adalah umpama kain putih (fitrah). Ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
(Riwayat Bukhari & Muslim)
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Sokongan dan galakan khususnya dialu-alukan daripada:
- Ibu-bapa
- Pentadbir Sekolah dan Guru-guru
- Pentadbir PIBG
- Pemimpin Masyarakat
- Persatuan/Pertubuhan Bukan Kerajaan
- Pertubuhan Kebajikan/Penaja Bebas
Hubungi Kami:
Tel: +603-61565660 Atau emel kami di sini.