Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, atau anak yang soleh yang berdoa untuknya".
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dll.)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dll.)
Seminar SAF
Seminar SAF bermatlamat membimbing pelajar untuk berfikir dan bertindak secara positif dalam mencapai kejayaan hidup dunia dan akhirat. Seminar ini juga mensasarkan pembentukan sebuah generasi masa hadapan Islam yang berilmu, berwawasan, bersahsiah mulia dan bertanggungjawab dengan penerapan nilai-nilai yang dianjurkan dalam Islam, demi mengangkat martabat Islam di mata dunia.
SAF - Suatu Tekad dan Hasrat
Adalah menjadi tekad dan hasrat kami untuk melihat satu generasi akan datang dibarisi oleh pemuda-pemuda Islam yang cemerlang dalam ilmu, sempurna sahsiah, kuat jiwa kepimpinan dan juga meletakkan matlamat untuk mengangkat martabat Islam sebagai keutamaan. Barisan ini perlu dibina seperti satu saf solat yang sempurna. Satu jemaah membentuk saf yang sempurna lebih dipandang oleh Allah s.w.t. sebagai satu kumpulan yang erat, teguh dan saling memerlukan. Saf inilah yang akan mendatangkan rahmat dari Allah s.w.t.. Nilai kebersamaan seperti satu saf dalam mengharapkan rahmat Allah s.w.t., ini perlu dikembalikan ke dalam jiwa umat Islam, kerana di situlah nilai kejayaan yang hakiki.
Fokus Seminar
1. Kita Hebat!
Berkifiran positif adalah langkah mula untuk mejadi hebat. Yakin pada kebolehan diri dan percaya bahawa setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri yang perlu diterokai untuk mencapai kehebatan. Islam itu hebat dan perlu ditonjolkan kehebatannya. Ketahui tips untuk menjadi hebat dan rahsia kejayaan mereka yang hebat dengan berfikiran positif.
2. Menuju Redha Allah s.w.t.
Matlamat hidup kita adalah untuk mencari redha Allah s.w.t. Semua umat Islam beperanan untuk mencapai matlamat tersebut dan kanak-kanak adalah wadah yang perlu dipersiapkan untuk mencapainya. Setiap perintah Allah s.w.t. adalah perkara yang wajib ditunaikan dengan sepenuh pernegrtian dan keyakinan. Hanya redha Allah s.w.t. sahaja segala yang dilakukan akan mendapat berkat dan segala yang dihajatkan akan tercapai.
3. Amanah Hidup
Amanah adalah komitment hidup yang dipertanggungjawabkan terhadap diri setiap muslim. Mengenali komitmen hidup adalah satu langkah ke arah membina kejayaan kerena komitmen memberi kita panduan untuk terus fokus kepada matlamat hidup yang sebenar dan direhai Allah s.w.t..
4. Berjaya dengan Bersyukur
Mendedahkan tentang tuntutan mensyukuri nikmat Allah s.w.t., melalui cara memuji Alla dan berbakti kepada orang yang memerlukan, dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Bersyukur adalah tanda kejayaan, dan sesebuah kejayaan boleh dicapai melalui kesyukuran yang sebenarnya.
5. Dipimpin dan Memimpin
Setiap manusia dilahirkan untuk menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri ke arah mentaati perintah Allah s.w.t.. Umat Islam perlukan pemimpin ynag benar-benar mengetahui dan memahami tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi serta tanggungjawab mereka dalam memimpin diri, keluarga dan masyarakat. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang konsep kepimpinan ini kerana mereka sebenarnya perlu dipimpim untuk memimpin.
Rahsia dari Mereka yang Cemerlang
Ketahui rahsia kejayaan dari mereka yang cemerlang dalam pendidikan secara eksklusif hanya melalui semianr ini. Untuk perkongsian ilmu, kami kumpulkan beberapa individu muda muslim dari Malaysia yang telah membuktikan kecemerlangan mereka di beberapa buah universiti luar negara yang berprestij seperti, Oxford University (UK), University of Cambridge (UK), London School of Economics (UK), Monash University (Australia) dan sebagainya.
Jadikan kejayaan dan kecemerlangan mereka ini sebagai teladan atau sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan. Ini adalah pengalaman yang jarang diperolehi dan tidak wajar dilepaskan.
Jadikan kejayaan dan kecemerlangan mereka ini sebagai teladan atau sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan. Ini adalah pengalaman yang jarang diperolehi dan tidak wajar dilepaskan.
Seminar yang Menyeronokkan
Seminar ini dikendalikan dalam suasana santai tetapi penuh pengajaran dan ilmu yang dikongsi melalui penyampaian, bual bicara dan permainan atau kuiz yang disediakan bersama hadiah yang menarik. Seminar ini dikendalikan oleh kumpulan motivator yang terdiri dari ustaz dan ustazah muda daripada berbagai universiti serta aliran. Kombinasi antara kumpulan motivator muda dan berbagai aktiviti yang disediakan, mampu menarik perhatian perserta untuk sentiasa aktif sepanjang seminar langsung.
Membina Generasi Islam
Seminar dan kursus ini dianjurkan oleh Akademi Dr Zara - Akademi Penyediaan Modal Insan, dengan kerjasama Black & Brown, yang berpengalaman luas dalam bidang motivasi, komunikasi korporat serta latihan dan pembagunan modal insan.
Ini adalah usaha dakwah ke arah membina generasi Islam masa depan yang cemerlang, kuat dan mampu mengangkat martabat umat Islam di mata dunia. Sebarkan, dengan niat ibadah, Insya'Allah ganjaran yang menanti, pasti tidak disangka.
Peluang Beramal Jariah
Seminar SAF dan Kursus Solat Sakinah adalah siri seminar yang digubah khusus untuk mendidik minda setiap kanak-kanak. Sebagai langkah menyuburkan jariah, kami menyediakan pakej seminar untuk anak-anak yatim dan anak orang awam. Kami membuka peluang dan mengalu-alukan tajaan dari semua pihak yang berhajat untuk menyumbang. Rebutlah peluang untuk beramal jariah. Hubungi kami untuk pertanyaan atau untuk menyalurkan jariah anda dengan segera.
Mahukah anda melihat anak anda menjadi sebahagian daripada SAF ini?