Akademi Dr Zara
Siri Seminar Pembentukan Fikrah Muslim
  • Home
  • Seminar SAF
  • Kursus Solat
  • Aktiviti Terkini
  • Akademi Associates
  • Akademi Presenters
  • Saf -Remaja
  • Learn Arabic
  • Untuk Penaja
  • Untuk Pelajar
  • Untuk Ibu bapa
  • Tentang Kami

Sedekah telekung dan jubah lama
untuk anak-anak asnaf dan yatim

Picture

Siri Seminar Solat Kanak-kanak Mawaddah

Seminar Solat Sakinah – Siri Seminar Solat Kanak-kanak Mawaddah dianjurkan khas untuk anak-anak yatim yang berumur 10-12 tahun. Seminar ini melibatkan 4 orang urusetia, 2 orang motivator dan 30 orang adik-adik.

Aktiviti dimulakan dengan ‘ice breaking’ – Fokus adalah aktiviti pendekatan untuk adik-adik segera bertindak balas dengan perkataan atau nombor yang disebut terhadap pasangan mereka. Mereka kemudiannya menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah.

Modul bermula dengan slot “Assalamualaikum Solat” di mana adik-adik berkongsi sedikit pengenalan dan sejarah mengenai solat seperti pensyariatan dan hukum solat. Adik-adik dihadiahkan cenderahati seperti sejadah, kain batik dan kain pelikat apabila dapat menjawab soalan yang diberikan.

Waktu selingan antara modul pertama diisi dengan pembacaan ikrar dan kemudian diteruskan dengan slot “Rukun 13 – Sebelum dan Selepas” mendidik adik-adik menunaikan solat dengan sempurna dari takbiratul ihram hingga salam. Adik-adik diajar secara amali dan diingatkan bahawa mereka akan dinilai dalam ujian solat pada sesi petang nanti.

Selepas makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan di mana para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dipantau oleh kakak-kakak dan abang fasilitator. Semasa LDK dijalankan, adik-adik membuat ulangkaji amali solat. Dalam masa sejam, penilaian dijalankan dan adik-adik dinilai dari segi cara berwudu’, bacaan niat solat dan praktikal solat yang betul.

Upacara penutup dijalankan dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua peserta dan sesi bergambar kenangan. Adik-adik dijamu minum petang selepas menunaikan solat Asar secara berjemaah. Penganjur berharap agar Seminar Solat Sakinah yand dianjurkan dapat memberi manfaat berpanjangan kepada adik-adik dalam kehidupan harian bagi mendapat keredhaan Allah SWT.

Seminar Solat Sakinah untuk anak-anak yatim yang diadakan di Masjid Kuning, Kota Damansara.


Kursus Solat untuk anak-anak ASNAF yang diadakan di Masjid al-Mukarramah, Sri Damansara.

Picture

Layarilah laman facebook kami untuk aktiviti terkini.
​

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Seminar SAF
  • Kursus Solat
  • Aktiviti Terkini
  • Akademi Associates
  • Akademi Presenters
  • Saf -Remaja
  • Learn Arabic
  • Untuk Penaja
  • Untuk Pelajar
  • Untuk Ibu bapa
  • Tentang Kami